Miftahol Jinan bin Misnari

YSS Alumni

YSS ID
YSS 2248
Country
Malaysia
Miftahol Jinan bin Misnari

Pengalaman ini benar-benar mengubah diri saya untuk menjadi lebih matang, berani bersosial, dan sentiasa berfikir panjang tentang impak setiap keputusan terhadap masyarakat.

Mission
MADANI Berkhidmat: YSS Students Volunteer Mission to Perak 2025
Race
Malay
Religion
Islam

Pengalaman & Perjalanan

Penglibatan saya bersama Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) telah mewujudkan perspektif baharu tentang khidmat masyarakat berimpak tinggi melalui kepimpinan yang sistematik. Sepanjang misi, saya belajar bahawa kunci kejayaan terletak pada hubungan baik dan sikap bertolak ansur antara ahli pasukan, serta keberanian untuk sentiasa yakin pada kemampuan diri sendiri dan orang lain. Saya juga menyedari bahawa kepentingan sifat rendah diri untuk sentiasa merujuk kepada pegawai yang lebih berpengalaman itu lebih penting bagi memastikan setiap tindakan yang diambil adalah tepat dan tidak bercanggah dengan perspektif ahli pasukan . Pengalaman ini benar-benar mengubah diri saya untuk menjadi lebih matang, berani bersosial, dan sentiasa berfikir panjang tentang impak setiap keputusan terhadap masyarakat. YSS bukan sekadar program sukarelawan, malah ia adalah medan terbaik dalam membentuk jati diri pemimpin yang cekal, berilmu, dan mewujudkan keharmonian dalam setiap gerak kerja berpasukan yang baik demi kesejahteraan ahli pasukan dan masyarakat.

Join Us

Your Story Could Be Next

Every alumnus started as a volunteer.

Become a Volunteer