Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2025 - National Level
Impak kecil yang konsisten mampu menghasilkan perubahan besar.
Malaysia
Pada tahun 2018, perjalanan saya bersama YSS bermula dan ia merupakan titik penting yang membentuk kefahaman saya tentang kepimpinan berasaskan nilai, integriti dan khidmat kepada masyarakat.
Melalui pendedahan, jaringan serta peluang pembangunan diri yang diberikan oleh YSS, saya terdorong untuk terus aktif dalam inisiatif pembangunan belia, termasuk projek komuniti di dalam dan luar negara serta program pembangunan karakter melalui sukan dan keusahawanan sosial. Pengiktirafan sebagai Johan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan 2025 bukan sekadar satu pencapaian peribadi, tetapi refleksi kepada ekosistem sokongan yang telah membentuk perjalanan ini.
Inspirasi utama saya datang daripada kepercayaan bahawa setiap belia mempunyai potensi untuk mencipta impak bermakna apabila diberi peluang dan bimbingan yang tepat. Kepada belia dan alumni YSS, teruskan melangkah berani, kekal berprinsip, dan gunakan platform yang ada untuk memberi manfaat kepada masyarakat. Impak kecil yang konsisten mampu menghasilkan perubahan besar.