Home / Alumni / Alden Noel Boning

Alden Noel Boning

Alden Noel Boning

Keikhlasan, ketaatan, keyakinan dan keprihatinan adalah aspek yang saya perolehi dan sehingga kini masih lagi diterapkan dalam kehidupan seharian.

YSS ID

YSS 2350

Country

Malaysia

Mission

MADANI Berkhidmat: YSS-ASEAN Students Volunteer Mission to Sarawak, Malaysia 2025 (2025)

Race

Rungus

Religion

Christian

Pada tahun 2025, tahun yang saya telah dipilih menjadi delegasi atau sukarela bagi program Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) setelah mencuba untuk kali yang kedua. Pemilihan saya ke YSS ini telah memberikan saya satu peluang yang sangat bermakna untuk melaksanakan misi sukarelawan di Rh. Tadong Anak Tambi di negeri Sarawak, bumi Kenyalang. Semasa melaksanakan misi, saya berada dibawah teras 1 iaitu teras yang melibatkan perpaduan dan pemerkasaan komuniti.

Pada pendapat saya, misi sukarelawan siswa atau YSS bukanlah sekadar program yang berlandaskan sukarelawan sahaja, namun ianya adalah satu misi dan program sukarelawan yang menggabungkan pelbagai entiti membentuk satu perpaduan yang erat, satu masyarakat penyayang dan satu budaya membangunkan identiti adat dan warisan. Sepanjang saya melaksanakan misi, selain melakukan aktiviti sukarelawan, saya dapat belajar banyak benda yang boleh dijadikan sebagai satu panduan dalam kehidupan saya iaitu belajar tradisi dan gaya hidup sesebuah masyarakat khususnya kaum Iban, dan menariknya pengalaman ini bukan sahaja meningkatkan ilmu pengetahuan saya, namun pada masa yang sama saya dapat mendalami lagi aspek pengukuhan budaya dan adat warisan kita.

Secara jujurnya, pengalaman YSS ini sangat memberikan saya satu impak yang sangat besar terutama dari segi kemahiran. Dari sebelum ini, seorang anak jati yang sangat pemalu untuk bersuara, kini berani menjadi seorang pemimpin anak bangsa yang bersiap dalam bersama-sama mengukuhkan, membangunkan dan melestarikan budaya bangsa mahupun adat warisan kita. Bukan itu sahaja, melalui YSS ini, ianya juga telah membantu saya untuk terus sentiasa berfikiran positif khususnya apabila menghadapi segala cabaran kerana sepanjang misi memang tidak pernah tidak akan ada cabaran dan rintangan, namun dengan usaha dan sikap positif yang dipelajari, setiap cabaran mesti dapat diselesaikan tanpa membawa satu tekanan yang sangat dalam. Dan akhirnya, melalui YSS ini, keikhlasan, ketaatan, keyakinan dan keprihatinan adalah aspek yang saya perolehi dan sehingga kini masih lagi diterapkan dalam kehidupan seharian.

Back to Alumni Network
Join Us

Your Story Could Be Next

Every alumnus started as a volunteer.

Become a Volunteer