Home / Alumni / Averyl Kok Chun Mei

Averyl Kok Chun Mei

Averyl Kok Chun Mei

Impak dan perubahan terbesar yang YSS bawa dalam diri saya ialah membentuk sikap untuk sentiasa ikhlas dalam membantu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

YSS ID

YSS 2168

Country

Malaysia

Mission

MADANI Berkhidmat: YSS Students Volunteer Mission - Green Summer Volunteer Campaign (GSVC) Vietnam 2025 (2025)

Race

Sino Native

Religion

Kristian

Dari sudut pandangan saya, misi YSS sangat baik dan wajar diteruskan kerana merangkumi pelbagai aspek bantuan kepada masyarakat. Apa yang saya kagumi ialah YSS bukan sekadar membantu dari sudut kewangan semata-mata, yang mungkin hanya bersifat sementara, tetapi menekankan bantuan dalam bentuk fizikal dan sokongan yang boleh memberi manfaat dalam jangka masa panjang serta digunakan dalam kehidupan seharian. Perkara inilah yang pada saya membezakan YSS dengan bentuk bantuan lain, kerana setiap usaha yang dilakukan bukan sahaja memberi kelegaan sementara, malah meninggalkan kesan kebaikan yang berkekalan kepada penerima. Selain itu, saya juga belajar bahawa melaksanakan misi dan program YSS memerlukan sikap berdikari, kreativiti dan pemikiran yang terbuka. Jika kita benar-benar ikhlas untuk membantu, kita perlu sentiasa berusaha mencari idea dan inisiatif yang terbaik agar bantuan yang diberikan benar-benar membawa perubahan yang bermakna kepada mereka yang memerlukan.

Impak dan perubahan terbesar yang YSS bawa dalam diri saya ialah membentuk sikap untuk sentiasa ikhlas dalam membantu tanpa mengharapkan sebarang balasan. Pengalaman bersama YSS juga menjadikan saya lebih yakin untuk menyebarkan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya usaha membantu masyarakat dan peranan generasi muda dalam meneruskan nilai tersebut. Selain itu, saya menjadi lebih bertanggungjawab dalam setiap jawatan yang saya pegang di institusi serta belajar untuk bersikap lebih tegas dalam memberi kesedaran kepada pelajar yang masih belum terbuka mindanya. Ketegasan ini bukanlah dalam bentuk kemarahan, tetapi lebih kepada kepimpinan yang berprinsip dan berhemah. Saya juga banyak mempelajari aspek komunikasi bersama masyarakat setempat, khususnya memahami bahawa komunikasi tidak semestinya hanya melalui bahasa lisan, tetapi juga boleh disampaikan melalui bahasa tubuh dan isyarat bukan verbal. Hal ini penting kerana tidak semua lapisan masyarakat dapat berkomunikasi menggunakan bahasa yang sama.

Back to Alumni Network
Join Us

Your Story Could Be Next

Every alumnus started as a volunteer.

Become a Volunteer