Home / Alumni / Jasnita bte Jasni

Jasnita bte Jasni

Jasnita bte Jasni

Pada pandangan saya, misi dan objektif YSS amat bermakna kerana jarang terdapat organisasi yang menyediakan peluang pengalaman sukarelawan sebegini.

Country

Malaysia

Mission

MADANI Berkhidmat: YSS-ASEAN Students Volunteer Mission to Sarawak 2025 (2025)

Race

Sungai

Religion

Islam

Saya mula terlibat dengan YSS melalui rakan saya yang merupakan alumni YSS. Sebelum itu, saya telah menyertai program sukarelawan lain iaitu mengajar pelajar berstatus “stateless”. Dengan tujuan menambah pengalaman, saya telah menghadiri temuduga YSS dan alhamdulillah berjaya terpilih.

Sepanjang penglibatan bersama YSS, saya berperanan dalam teras pendidikan dengan mengajar pelajar di kelas pemulihan, khususnya subjek Matematik dan Sains bagi Tahun 3 perdana. Saya turut memperkenalkan BBM berasaskan AR serta membantu pelajar memahami konsep asas seperti tambah, tolak dan nilai tempat. Selain itu, saya juga berpeluang menyumbang kepada pillar-pillar lain. Pada akhir misi, saya terlibat dalam penghasilan video alat tradisional. Walaupun berdepan pelbagai kesilapan, saya berusaha memperbaiki hasil suntingan tersebut sebaik mungkin.

Sepanjang program ini juga, saya berpeluang mempelajari pelbagai tradisi dan budaya, bukan sahaja daripada masyarakat kampung di Kampung Beradek, Sarawak, tetapi juga daripada ahli lain termasuk peserta dari Vietnam serta ahli kumpulan sendiri. Saya turut berpeluang merasai makanan baharu dan mempelajari bahasa baharu, yang secara tidak langsung membuka lagi perspektif dan pemahaman saya terhadap kepelbagaian budaya.

Pada pandangan saya, misi dan objektif YSS amat bermakna kerana jarang terdapat organisasi yang menyediakan peluang pengalaman sukarelawan sebegini. Tidak semua individu berpeluang merasai pengalaman berkhidmat di negeri orang.

Dari segi impak, saya mengalami peningkatan dari aspek kekuatan mental dan fizikal. Saya turut mengasah kemahiran survival dan sosial, selain belajar untuk lebih memahami, bertoleransi serta mengawal emosi dalam situasi mencabar. Pengalaman mengajar juga telah meningkatkan keyakinan diri saya, yang kini dapat saya aplikasikan semasa menjalani latihan industri di sekolah menengah. Walaupun konteks berbeza, pengalaman tersebut menjadi asas persediaan yang sangat berguna.

Harapan saya agar lebih ramai anak muda terbuka untuk menyertai program seperti ini. Saya juga berharap dapat terus melibatkan diri dalam lebih banyak inisiatif sukarelawan pada masa akan datang.

Back to Alumni Network
Join Us

Your Story Could Be Next

Every alumnus started as a volunteer.

Become a Volunteer